Khamis, 4 Oktober 2012
oh my ARI.......
Nama : Mohd Iskandar bin M. Tatang
Umur : 11 Tahun
Kelas : 5 Mega
Pencapaian terbaru : Memenangi tempat ketiga dalam pertandingan badminton acara individu untuk Sekolah-Sekolah Kurang Murid Daerah Segamat pada 27 September 2012 di SJKC Jagoh.
Tahniah.....
READ2012
Tahniah, Sekolah Kebangsaan Tambang telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah yang bersama-sama untuk melaksanakan Program READ2012 : One Nation Reading Together Sempena Kem Membaca 1Malaysia.
PANDUAN PENYERTAAN BAGI PROGRAM READ2012
Langkah 1: Datftar Penyertaaan Anda!
- Lawati laman sesawang www.readtogether.com.my untuk mendaftarkan penyertaan sekolah anda sebelum 30 September 2012.
- JANGAN GUNAKAN ALAMAT P.O. Box. Jika sekolah anda tidak mempunyai alamat surat-menyurat, sila gunakan alamat anda Pusat Kegiatan Guru atau merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri /Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri anda.
- Scholastic akan menghantar Kit READ2012 Sekolah yang terdiri daripada penanda buku, poster, dan lain-lain kepada sekolah-sekolah yang mendaftar sebelum tarikh tutup atau, selepas kita telah mencapai 2,000 buah sekolah. Yang mana terdahulu.
- Selepas 30 September 2012, sekolah masih boleh mendaftar untuk mengambil bahagian dalam READ2012 dan menerima 50 buku, tetapi mereka tidak akan menerima Kit Sekolah.
Lagkah 2: Hebahkan Acara Itu Kepada Murid-Murid Sekolah Anda!
- Edarkan bahan-bahan dalam Kit Sekolah kepada murid sekolah anda dan gantung poster di sekitar sekolah anda sekurang-kurangnya satu minggu sebelum 24 Oktober 2012 untuk memberitahu semua murid sekolah anda untuk membaca untuk acara tersebut.
- Ingatkan murid sekolah anda untuk membawa buku cerita pada 24 Oktober 2012 untuk dibaca pada masa acara tersebut berlangsung.
Langkah 3: Waktu Persembahan!
- Pada 24 Oktober, sekolah perlu menganjurkan sesi membaca di dalam kelas mereka selama 2012 saat (33.5 minit).
- Anak-anak yang bersekolah dari peringkat pra-sekolah hingga ke sekolah menengah - boleh menyertai program pembacaan ini. Bergantung kepada keupayaan membaca mereka, guru boleh mengatur teknik membaca – samaada membaca kuat atau berkongsi sesi membaca atau membenarkan mereka untuk membaca bahan-bahan pilihan mereka secara bebas.
Langkah 4: Selepas Upacara !
- Hantar kepada kamu SEKEPING gambar foto murid-murid anda sedang membaca semasa program dilaksanakan.
- Had maksima saiz gambar ialah 1MB.
- Untuk muatnaik, layari www.readtogether.com.my dan klik pada punat Upload Photo
- Scholastic akan menghantar 50 buah buku kepada sekolah anda apabila telah menerima gambar foto selepas acara tersebut.
Kerjasama semua warga Sekolah amat-amatlah diharapkan.
GPM SKT-lizelisa01@
oh my splg
SPLG.
Perhatian : Semua guru SK. Tambang
Perhatian : Semua guru SK. Tambang
MENGISI
DATA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SECARA ONLINE.
1
- SEMUA GURU PERLU MENGISI SENDIRI LDP YANG TELAH DIHADIRI.
- LDP TERMASUKLAH TAKLIMAT, BENGKEL DAN KURSUS. MESYUARAT ADALAH TIDAK TERMASUK DALAM LDP.
- SILA KE LAMAN SESAWANG http://apps.moe.gov.my/splg/. PILIH MODUL INDIVIDU.
- MASUKKAN NOMBOR KAD PENGENALAN PENGGUNA, KATA LALUAN ADALAH 4 DIGIT TERAKHIR PADA KAD PENGENALAN. GURU TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MENUKAR KATA LALUAN.
- SETERUSNYA, ISI DAHULU SOAL SELIDIK TNA.
- KEMUDIAN, BOLEHLAH MENGISI LDP YANG TELAH DIHADIRI. SILA RUJUK SURAT PANGGILAN KURSUS @ TAKLIMAT @ BENGKEL MASING-MASING.
- TARIKH TAMAT : BULAN 10.
Penyelaras LDP, lizelisa01@
Langgan:
Catatan (Atom)