Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Sambutan Hari Guru. 

Sambutan peringkat sekolah pada kali ini di sambut dalam suasana baru. Bersama Guru Besar baru, bersama beberapa guru baru, dan kehadiran pibg dan ibu bapa juga amat menggalakkan. Baru semangat nak sambut ye dak...

Acara yang dijalankan seperti sekolah-sekolah lain juga. Sukaneka. Jadi, bersuka rialah guru-guru dan seluruh warga yang terlibat. Murid-murid tak main. Kasi can cikgu-cikgu dan ibu bapa je. hahahaa. Murid-murid 100% menjadi pengadil dan penyokong kuat cikgu-cikgu.

Gaya memasing memang tak tahan...
Si capik.....




Bersemangat besi sungguh GB ni yerk......



Macam model iklan pewangi ketiak la plak...




Paling menarik adalah bila tiba waktu persembahan daripada murid-murid. Murid-murid pra dengan lagu "Selamat Pagi" dan "Nama-nama Rasul", murid tahun 1 dengan lagu "Monday to Sunday", murid tahun 4 dan 6 dengan sajak dan murid tahun 5 dengan lagu "Terima kasih cikgu". Memang seronok tengok dan kadang-kadang, menggelikan hati dengan ragam macam budak-budak ni. 

Persembahan dari murid pra.... Syamil...!!!

Persembahan dari murid Tahun 5 Mega "Terima Kasih Guru"






Oh, ye. Persembahan daripada guru juga tak kurang hebatnya. Terima kasih atas sumbangan idea Cikgu Syakila dengan lagu "Doa buatmu kasih". Memang ngetop.Terima kasih juga buat Bank Rakyat atas sumbangan kek Sempena Hari Guru. hhhhmmmmmmm, dap....

Kek sumbangan Bank Rakyat




Dan terima kasih sekali lagi buat semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Guru pada kali ini.

eceh....