Khamis, 4 Oktober 2012

oh my ARI.......


Nama : Mohd Iskandar bin M. Tatang
Umur : 11 Tahun
Kelas : 5 Mega
Pencapaian terbaru : Memenangi tempat ketiga dalam pertandingan badminton acara individu untuk Sekolah-Sekolah Kurang Murid Daerah Segamat pada 27 September 2012 di SJKC Jagoh.




Tahniah.....

READ2012






Tahniah, Sekolah Kebangsaan Tambang telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah yang bersama-sama untuk melaksanakan Program READ2012 : One Nation Reading Together Sempena Kem Membaca 1Malaysia.

PANDUAN PENYERTAAN BAGI PROGRAM READ2012

Langkah 1: Datftar Penyertaaan Anda!
-     Lawati laman sesawang www.readtogether.com.my untuk mendaftarkan penyertaan sekolah anda sebelum 30 September 2012.
-     JANGAN GUNAKAN ALAMAT P.O. Box. Jika sekolah anda tidak mempunyai alamat surat-menyurat, sila gunakan alamat anda Pusat Kegiatan Guru atau merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri /Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri anda.
-     Scholastic akan menghantar Kit READ2012 Sekolah yang terdiri daripada penanda buku, poster, dan lain-lain kepada sekolah-sekolah yang mendaftar sebelum tarikh tutup atau, selepas kita telah mencapai 2,000 buah sekolah. Yang mana terdahulu.
-     Selepas 30 September 2012, sekolah masih boleh mendaftar untuk mengambil bahagian dalam READ2012 dan menerima 50 buku, tetapi mereka tidak akan menerima Kit Sekolah.
Lagkah 2: Hebahkan  Acara Itu Kepada Murid-Murid Sekolah Anda!
-     Edarkan bahan-bahan dalam Kit Sekolah kepada murid sekolah anda dan gantung poster di sekitar sekolah anda sekurang-kurangnya satu minggu sebelum 24 Oktober 2012 untuk memberitahu semua murid sekolah anda untuk membaca untuk acara tersebut.
-     Ingatkan murid sekolah anda  untuk membawa buku cerita pada 24 Oktober 2012 untuk dibaca pada masa acara tersebut berlangsung.
Langkah 3: Waktu Persembahan!
-     Pada 24 Oktober, sekolah perlu  menganjurkan sesi membaca di dalam kelas mereka selama 2012 saat (33.5 minit).
-     Anak-anak yang bersekolah dari peringkat pra-sekolah hingga ke sekolah menengah - boleh menyertai program pembacaan ini. Bergantung kepada keupayaan membaca mereka,  guru boleh mengatur teknik membaca – samaada membaca kuat atau berkongsi sesi membaca atau membenarkan mereka untuk membaca bahan-bahan pilihan mereka secara bebas.
Langkah  4: Selepas Upacara !
-  Hantar kepada kamu SEKEPING gambar foto  murid-murid  anda sedang membaca semasa program dilaksanakan.
-  Had maksima saiz gambar ialah 1MB.
-  Untuk muatnaik, layari www.readtogether.com.my dan klik pada punat Upload Photo
-  Scholastic akan menghantar 50 buah buku kepada sekolah anda apabila telah menerima gambar foto selepas  acara tersebut.






Kerjasama semua warga Sekolah amat-amatlah diharapkan.

GPM SKT-lizelisa01@

oh my splg

SPLG.

Perhatian : Semua guru SK. Tambang


MENGISI DATA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SECARA ONLINE.
1     
  1. SEMUA GURU PERLU MENGISI SENDIRI LDP YANG TELAH DIHADIRI.
  2. LDP TERMASUKLAH TAKLIMAT, BENGKEL DAN KURSUS. MESYUARAT ADALAH TIDAK TERMASUK DALAM LDP.
  3. SILA KE LAMAN SESAWANG http://apps.moe.gov.my/splg/. PILIH MODUL INDIVIDU.
  4.  MASUKKAN NOMBOR KAD PENGENALAN PENGGUNA, KATA LALUAN ADALAH 4 DIGIT TERAKHIR PADA KAD PENGENALAN. GURU TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MENUKAR KATA LALUAN.
  5. SETERUSNYA, ISI DAHULU SOAL SELIDIK TNA.
  6. KEMUDIAN, BOLEHLAH MENGISI LDP YANG TELAH DIHADIRI. SILA RUJUK SURAT PANGGILAN KURSUS @ TAKLIMAT @ BENGKEL MASING-MASING.
  7. TARIKH TAMAT : BULAN 10.







Penyelaras LDP, lizelisa01@


Rabu, 12 September 2012

oh my UPSR

UPSR 2012 - hari ni dah masuk hari kedua upsr. Paper Matematik Kertas I. Debaran cikgu lagi kencang dari anak muridnya. Aku tengok budak-budak ni cerianya lain macam. Bila tanya macam mana peksa, senang je jawabnya.
Musykil betul.... Aku syak budak-budak ni saja nak syokkan hati cikgu dia ni. Apapun, kita dah usaha sama-sama... samada secara sukarela atau paksa rela.

qayyum, arif, isyraf, emam, syikin, anis, nittiya, wani dan siti aminah... cikgu doakan kamu berjaya k!!!!!!!!!

Selasa, 20 Mac 2012

Berhabuk

Sekarang dah masuk 2012. Lama betul tak menulis di blog ni. Kalau rumahlah berbulan ditinggalkan sama lamanya macam ni, rasa dah bersawang, dah berhabuk rumah.

Tahun 2012 ni, banyak juga pencapaian sekolah yang dah dicapai. Terutamanya dalam bidang sukan... Tahun ni ramai pulak anak-anak murid yang berbakat dan berjaya dalam kejohanan olahraga MSSK yang telah berlangsung di padang SK Batu Anam.

Seterusnya, esok seramai 5 orang murid layak meneruskan ke peringkat kejohanan MSSD. Mudah-mudahan ada kejayaan yang dicapai. Cikgu sentiasa doakan kejayaan kalian. Ada usaha, Insya'Allah ada jalannya.

Tapi, harapan yang paling tinggi adalah kejayaan semua murid dalam bidang akademik mestilah seiring. Hebat di padang, mesti hebat di kelas jugak sepatutnya. Secara teori, murid yang cergas fizikalnya, perkembangan otak dan tubuh badannya adalah sihat. Hmmmm.... yang penting usaha. Ya, usaha... Dah usaha, baru doa dan sentiasa bertawakal kepadaNya.

Sekadar kenang-kenangan MSSK di Padang SK. Batu Anam...