Rabu, 6 Julai 2011

BERLARI HINGGA KE K-eL... #2

3 JULAI 2011



  8:00 pagi : Sarapan pagi di KUIS (nasi lomak sambal udang dan telur rebus separuh jer...)
  9:05 pagi : Bergerak ke K-eL CC
  9:50 pagi : Tiba di K-eL CC
10:00 pagi : Naik Sekai Berich, K-eL CC
11:30 pagi : Naik-naik Rapid K-eL (K-eL CC ulang alik K-eL Senteral)
12:30 tgh   : Makan-makan roti budak lelaki... hahahaha (roti boy)                 
  1:15 tgh   : Makan tengahari di tepian K-el CC (makan nasi lauk udang lemak, sayur kobis dan KFC)
  2:00 ptg   : Menyelam di Aquaria
  3:00 ptg   : Perjalanan balik ke Segamat
  4:05 ptg   : Solat di hentian Seremban
  6:35 ptg   : Sampai di Tambang... S.E.L.A.M.A.T



 K-el CC



 Sekai-berich

 Arianto dan rapid K-el 


  Akuaria - ikan piranha kejamnye.......


ALHAMDULILLAH SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR......

PROGRAM TAHUN DEPAN AMACAM??????


K.E.N.A.L.A.H.T.U.N.G.G.U.

BERLARI HINGGA KE PUTRAJAYA... #1

2 JULAI 2011

  9:00 pagi : Bergerak dari sekolah ke Putrajaya
11:00 pagi : Berhenti di R&R
11:40 pagi : Sampai di Seri Perdana, Putrajaya
  1:30 tgh   : Solat di Masjid Besi, Putrajaya
  2:00 ptg   : Makan tengahari di Taman Wetland
  4:00 ptg   : Istana Negara
  7:00 ptg   : Solat di Masjid Negara dan makan malam
  8:30 mlm  : Dataran Merdeka
10:00 mlm  : KLIA
12:30 mlm  : Lepak-lepak di jambatan Putrajaya tengok lampu
  1:30 pagi  : Ngorok di KUIS




 Di Seri Perdana, Putrajaya

 Di Istana Negara

 Istana Negara



Patah kaki weiii.............

Isnin, 4 Julai 2011

BERLARI KE........

02 JULAI 2011

Larian 1 murid 1 sukan 1 malaysia. SK. Tambang boleh!!!!!!!!


KENDURI KENDARA MAKAN TAK HINGAT

1 Julai 2011

Setelah kejadian tanah runtuh yang menyebabkan bangunan prasekolah amat 'BAHAYA' untuk digunakan lagi, maka bangunan baru telah diluluskan iaitu bertempat di kuarters guru yang dah lama bersarang kini berubah wajah. Kenduri kesyukuran dan bacaan Yassin diadakan untuk ambil berkat dan mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik.

Kerjasama memang "kelas pertama". Terumatanya geng-geng kuali. tetetetet... Menu tak hengat.





Khamis, 9 Jun 2011

TAHNIAH BUAT CIKGU LIZA DAN CIKGU WAN

Dah berkurun tak jenguk blog sekolah ni. Maklumlah, cuti sekolah ni punyalah boring sampai tak tahu nak buat apa. Oh iye, terlupa nak kabo, dua orang cikgu sekolah kami ni baru, baru tak baru jugak la, kiranya ni berita yang dah agak basi jugak. (Maafkan saya yer.... hihihih). Mereka selamat menerima cahaya mata.


Tahniah buat cikgu liza untuk cahaya mata yang ketiga pada 18 April 2011. Cikgu wan untuk cahaya mata pertama pada 5 Mei 2011. Seronok korang yerk. Semoga, iyelah dengan kehadiran orang baru ni bertambah-tambahlah kebahagian dan kenikmatan hidup. Insya'Allah bahagia dunia sampai akhirat. Amin.


Jadi atuk dah bos kami ni. hihihihi....

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Sambutan Hari Guru. 

Sambutan peringkat sekolah pada kali ini di sambut dalam suasana baru. Bersama Guru Besar baru, bersama beberapa guru baru, dan kehadiran pibg dan ibu bapa juga amat menggalakkan. Baru semangat nak sambut ye dak...

Acara yang dijalankan seperti sekolah-sekolah lain juga. Sukaneka. Jadi, bersuka rialah guru-guru dan seluruh warga yang terlibat. Murid-murid tak main. Kasi can cikgu-cikgu dan ibu bapa je. hahahaa. Murid-murid 100% menjadi pengadil dan penyokong kuat cikgu-cikgu.

Gaya memasing memang tak tahan...
Si capik.....




Bersemangat besi sungguh GB ni yerk......



Macam model iklan pewangi ketiak la plak...




Paling menarik adalah bila tiba waktu persembahan daripada murid-murid. Murid-murid pra dengan lagu "Selamat Pagi" dan "Nama-nama Rasul", murid tahun 1 dengan lagu "Monday to Sunday", murid tahun 4 dan 6 dengan sajak dan murid tahun 5 dengan lagu "Terima kasih cikgu". Memang seronok tengok dan kadang-kadang, menggelikan hati dengan ragam macam budak-budak ni. 

Persembahan dari murid pra.... Syamil...!!!

Persembahan dari murid Tahun 5 Mega "Terima Kasih Guru"






Oh, ye. Persembahan daripada guru juga tak kurang hebatnya. Terima kasih atas sumbangan idea Cikgu Syakila dengan lagu "Doa buatmu kasih". Memang ngetop.Terima kasih juga buat Bank Rakyat atas sumbangan kek Sempena Hari Guru. hhhhmmmmmmm, dap....

Kek sumbangan Bank Rakyat




Dan terima kasih sekali lagi buat semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Guru pada kali ini.

eceh....





Jumaat, 1 April 2011

KISAH SEDIH:PEMERGIAN HERO TAMBANG KE KAMPUNG HALAMAN

TAJUK KEMAIN LAGI.

31 Mac 2011.

Seorang kakitangan sekolah, iaitu bro sham a.k.a hero tambang (masih tak pasti) di kalangan warga tambang, yang mana kerja nya menyelesaikan masalah kewangan kakitangan guru terutamanya cikgu-cikgu yang peka terhadap kenaikan gaji mereka, sah jawatan mereka, pembelian barang panitia mereka, sistem fail mereka, pencen mereka (tak termasuk sang penulis), telah berpindah ke SK. LKTP Pemanis 1. (Best no ke sekolah tu). Sang penulis sila sedar diri, ok!!! heheeeh.

Oh ye.... Beliau juga merupakan idola dikalangan guru-guru lelaki terutamanya. Termasuk mendapatkan maklumat mengenai kenaikan gaji mereka, sah jawatan mereka, pembelian barang panitia mereka, sistem fail mereka, pencen mereka. Cikgu perempuan relek-relek aje...

Sumbangan air mata sempena perpindahan beliau oleh murid-murid dan beliau sendiri. Mau bukti!!!

Alamak, aku tak save rupanya gambar-gambar tu....

to be kontinew..... (lari kejap cari bukti)

Selasa, 15 Mac 2011

Sabtu, 26 Februari 2011

Ada aper dengan....

Ada aper dengan SBT?

Ada aper dengan New Deal?

Ada aper????

Selasa, 22 Februari 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH

12 Rabiul Awal 1432 Hijrah.




Sambutan Maulidur Rasul. Sambutan peringkat sekolah telah diadakan pada 19 Februari 2011. Sekolah kecil, semangat besar. Itulah sekolah kami tao...


Sambutan yang sederhana. Tapi memberi makna. Kerjasama semua guru dan kakitangan sekolah memang selalunya berjaya. Majlis berjalan dengan baik, cuaca juga baik. Alhamdulillah.


Permulaan majlis, perarakan sambil berselawat ke atas Nabi S.A.W oleh warga sekolah. Bermula dari pintu pagar sekolah hingga ke tapak perhimpunan.


 
Perarakan barisan guru dan PIBG sekolah

Aktiviti diteruskan. Ceramah jemputan Ustaz Zulkarnaen bin Poniran.
Seronok dengar ceramah sama seronok ngan orang dapur. Sibuk menyediakan juadah yang ala kadar. Ramai gak sponsor kuih muih. Paling best kuih koci. Memang layan.


Bukan cerita makan yang paling penting, cerita bab kerjasama dan ikatan kekeluargaan warga sekolah yang paling best. Memang ngam la korang. 


Salam Maulidur Rasul.



LARIAN PERDANA MAHKOTA 2011

Larian Perdana Mahkota telah dijalankan diperingkat sekolah pada 12 Februari 2011. Aktiviti atas dasar matlamat 1Murid 1Sukan. Larian sekitar kawasan Tambang. Memang kawasan budak-budak ni. Kompem diaorang lebih arif mana jalan pintas. Tapi tak dapat ler depa ni nak pintas. Cikgu akan cantas.


Semua guru dan murid terlibat dalam larian ini. Agak sengit bila guru-guru kena bersaing dengan anak murid sendiri. Maklumlah, kudrat muda pastinya lebih 'power' dari cikgu-cikgunya. Maka peringatan awal telah diberikan kepada murid oleh PGB Koko yang berkulit koko jugak.




"Kamu tak boleh berlari lebih dari semua cikgu, FAHAM!!!''




Budak-budak tercengang pun ada. Agaknya tak faham apa motif amaran tersebut.




Yelah, kalau tak, 10 minit acara dah abis.
Acara memanaskan badan.



Ustaz sibuk membariskan murid



Gaya juara. Memang bergaya anggun.
Ada aper dengan kasut sukan.



Cayalah bos (ehem ehem..GB baru kami)




Kemain seronok cikgu-cikgu...


Jalan pintas untuk cikgu yang kurang daya tahan.



Saingan sengit... cewah...


Gambar kenang-kenangan cikgu dan polis bantuan.



Terima kasih cikgu!!!
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Anda yang terbaik...
Lap u lah...