Selasa, 22 Februari 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH

12 Rabiul Awal 1432 Hijrah.




Sambutan Maulidur Rasul. Sambutan peringkat sekolah telah diadakan pada 19 Februari 2011. Sekolah kecil, semangat besar. Itulah sekolah kami tao...


Sambutan yang sederhana. Tapi memberi makna. Kerjasama semua guru dan kakitangan sekolah memang selalunya berjaya. Majlis berjalan dengan baik, cuaca juga baik. Alhamdulillah.


Permulaan majlis, perarakan sambil berselawat ke atas Nabi S.A.W oleh warga sekolah. Bermula dari pintu pagar sekolah hingga ke tapak perhimpunan.


 
Perarakan barisan guru dan PIBG sekolah

Aktiviti diteruskan. Ceramah jemputan Ustaz Zulkarnaen bin Poniran.
Seronok dengar ceramah sama seronok ngan orang dapur. Sibuk menyediakan juadah yang ala kadar. Ramai gak sponsor kuih muih. Paling best kuih koci. Memang layan.


Bukan cerita makan yang paling penting, cerita bab kerjasama dan ikatan kekeluargaan warga sekolah yang paling best. Memang ngam la korang. 


Salam Maulidur Rasul.